Thursday, 4 September 2014

Merdeka 57


KUIZ KENEGARAAN SECARA ONLINE 

SMK KING GEORGE V





Syarat-syarat Pertandingan

1          Mestilah pelajar pra Universiti di SMK King George V, tahun 2014.

2          Soalan perlu dimuat naik dari laman web

3          Soalan beserta jawapan perlu diserahkan kepada Puan Noridah bt. Shaari atau
Pn. Mariam bt. Nazal selewat-lewatnya pada 08 September 2014 jam 2 petang.
Soalan dan jawapan perlu mendapat cop pengesahan daripada Guru Penolong Kanan Pra Universiti SMK King George V.

4          Tiada had penyertaan bagi kuiz ini dan pemenang akan diputuskan berdasarkan
jawapan yang tepat di samping cogankata yang menarik.


Hadiah

Pertama          :           RM 100

Kedua            :           RM 80

Ketiga             :           RM 60


Hadiah-hadiah merupakan sumbangan daripada Messrs. Hanif Hassan & Co serta pihak sekolah



Soalan Kuiz Kenegaraan secara online

1          Berikan dua gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman.

2          Nyatakan dua orang warganegara Malaysia yang mempunyai semangat “Malaysia
Boleh”.

3          Siapakah pereka logo Hari Kemerdekaan ke 57?

4          Apakah peristiwa yang dikatakan mencabar kedaulatan negara pada sambutan 
kemerdekaan tahun 2013 dan 2014?

5          Pada tahun bilakah Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan bersamaan dengan bulan
Ramadan?

6          Berikan satu cara yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk memupuk
semangat cintakan negara.

7          Apakah maksud 57 pada logo kemerdekaan tahun 2014?

8          Apakah pentingnya karektor animasi Upin dan Ipin dijadikan ikon ketika sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka 2014?

9          Siapakah penulis lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman?

10        Apakah simboliknya seruan azan selepas laungan MERDEKA pada 31 Ogos 1957?

11        Lengkapkan cogankata berikut :
            Bagi saya …Di sini lahirnya sebuah cinta bermaksud ………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………....
            ……………………………………………………………………………………………………....